Friday 27 February 2009

konsert kemanusiaan gaza

Penderitaan yang dialami oleh penduduk palestin hingga kini masih belum berakhir walau mereka telah mencuba pelbagai cara dalam usaha untuk membebaskan bumi Palestin dan mendapatkan kembali hak-hak mereka yang telah dirampas di tanah suci tersebut.

PADA 28FEB SABTU INI AKAN BERLANGSUNG KONSERT KEMANUSIAAN GAZA DI MUZIUM TELEKOM!! KONSERT AMAL UNTUKRAKYAT PALESTIN..IIBERHIBUR SAMBIL BERAMAL SAMBIL MEMBANTU MEREKA YG MEMERLUKAN..jadi sesiapa yg free pada hari esok di jemput datang..
Band2 yg akan buat persembahan: oag, bunkface, komplot, pesawat, thetimes, dan ramai lagi..mereka juga ada menjual cd atau tshirt khas semasa KONSERT KEMANUSIAN GAZA..10% dari penjualan tersebut akan diserahkan sebagai derma ikhlas kugiran indie malaysia untuk rakyat palastin.
Tiket korang boleh beli kat EVENT tu.SO SAMA-SAMA KITA TUNJUK PERASAAN DAN MENDERMA UTK BEBASKAN RAKYAT PALESTIN YG TERTINDAS DARI TAHUN 1946 AKIBAT KEKEJAMAN ZIONIS KEPARAT!

Monday 23 February 2009

budak mentah

haaha...
semalam aku ade pegi seminar yg ubi(kartunis) buat kt ummiku syg, kt taipan.Die ade cite psl blog die..menarik gak aku dengar..so hari ni aku nk start hobi baru aku, jadi penulis blog..
Walaupun baru nk start jd penulis blog, aku bnyk gak nk kongsi ngan semua...


Buat pertamakaliny aku ade sikit nk kongsi pasal airsoft...


Apa Itu Airsoft?

Airsoft merupakan salah satu pertarungan ala moden atau hobi dan hiburan dimana peserta menyingkirkan pihak lawan dengan menembak sesama sendiri dengan menggunakan peluru bukan metal berbentuk bulat yang dilancar dengan menggunakan "compressed-air gun" dijanakan dengan menggunakan gas, beban-spring secara manual, atau menggunakan tenaga elektrik melalui kuasa bateri.

Penggemar Airsoft kebiasaannya menyusun dan merangka perjumpaan, mesyuarat, sama ada "indoor or outdoor", semasa di "medan pertempuran" mereka untuk aktiviti permainan jangkamasa pertempuran (Short-term Skirmish), senario terancang, simulasi tentera, atau penetapan semula sejarah. (Best Btol.. rase cam askar betol jek nati tau)

Sejarah Awal Airsoft

Bermula seawal tahun 1940-an di Jepun. Tercetus apabila terdapat beberapa pengeluar senjata yang ingin mencuba senjata mereka sesama sendiri, tetapi risau akan peluru hidup yang akan mengenai sasaran, maka mereka mula mencipta satu alternatif untuk memenuhi kehendak mereka sendiri dengan mencipta sejenis senjata yang hampir menyerupai senjata sebenar, cuma berbeza dari cara kerja senjata tersebut. Sehingga hari ini, penciptaan dan permainan senjata telah berkembang luas dan masih lagi dimainkan di beberapa negara di Asia seperti di Jepun, China, Taiwan, Hong Kong, Macau, Korea Selatan, dan termasuk di Filipina dan juga di Indonesia.

Sejarah Airsoft Di Malaysia

Sehingga ke hari ini, permainan Airsoft masih lagi diharamkan 100% di negara kita. Ini memandangkan senjata yang digunakan hampir sama digunakan oleh pihak tentera masa kini sekaligus sukar untuk membezakan senjata asli atau senjata Airsoft. Terdapat beberapa kes kecurian dan rompakan yang berlaku di Malaysia telah menggunakan senjata Airsoft untuk mengelirukan pihak berkuasa. Ini telah membuatkan permainan Airsoft ini masih lagi di haramkan di Malaysia. Namun begitu, atas inisiatif sesetengah individu, hanya terdapat beberapa tempat sahaja di Malaysia yang dibenarkan untuk bermain Airsoft ini iaitu di suatu kawasan di Lembah Klang. Manakala lesen pengeluar dan pengedar senjata Airsoft ini masih belum dikeluarkan. Apa yang pihak kami harapkan ialah, sekiranya lebih ramai yang berminat untuk bermain dan mempelajari ilmu Airsoft ini, maka kita dapat mewujudkan satu komuniti untuk dipersembahkan kepada pihak berkuasa untuk meluluskan permainan Airsoft ini.

Permainan Dan Peraturan Airsoft

Secara konsep asasnya, Airsoft ini lebih mirip kepada permainan "Paintball". Tetapi apa yang pasti, senjata yang digunakan mirip 100% senjata asli dengan nisbah senjata asli adalah 100%. Apa yang menarik lagi, setiap peserta dibenarkan untuk memakai pakaian ala tentera hanya di medan tempur sahaja.

Cara permainan amat mudah. Setiap kumpulan perlu menembak tepat pada sasaran badan musuh, dan musuh terbabit akan disingkirkan serta merta. Beberapa orang pengadil akan turut sama berada bersama-sama kumpulan peserta untuk memastikan peserta sudah pun ditembak dan wajib untuk disingkirkan.

Antara pertarungan yang paling digemari oleh penggemar Airsoft ialah jenis "Capture The Flag (CTF)" dan juga "Rescue the Hostage (RTH)". Didalam CTF, peserta perlu memasuki kawasan musuh dan seterusnya cuba untuk menyingkirkan musuh dan terus menawan bendera pihak musuh untuk dibawa balik ke kawasan selamat (Safe Zone). Manakala di dalam RTH pula, peserta perlu dibahagikan kepada 2 kumpulan dimana terdapat satu kumpulan perlu menawan pihak lawan tanpa mencederakan orang tebusan dan sekaligus membawa pulang tebusan ke kawasan selamat (SZ). Mereka juga perlu merawat tebusan sekiranya didapati terdapat kecederaan pada tebusan. Sekiranya didalam pertempuran didapati tertembak tebusan, maka pengadil akan membatalkan terus perlawanan dan pihak yang seterusnya memenangi perlawanan tersebut.

Kelengkapan Yang Diperlukan

Antara kelengkapan dan aksesori yang diperlukan didalam airsoft ialah:

Hand Gun atau Rifle (Sistem Spring, Bateri atau Gas)

Body Armor dan Safety Gear



Peluru Airsoft (BB Gun ), Boots, dan Baju Celoreng:













Dan juga beberapa peralatan tambahan yang lain. Sebarang maklumat tambahan, sila rujuk wikipedia, atau laman web Airosft yang boleh diperoleh dari carian google.

Apa yang diharapkan ialah, permainan yang menarik lagi mencabar ini dapat diterima oleh masayarakat Malaysia amnya dan pihak berwajib khasnya untuk sama-sama kita berhibur sambil bersukan melalui permainan Airsoft ini.