Friday 26 June 2009

wanita dan seorang wanita, dan kemudian..

Seorang wanita telah membuat aku terguris hati…
Dan kemudian
Seorang wanita memujuk hati ku agar bersabar dengan perhubungan..
Seorang wanita telah membuat aku menangis..
Dan kemudian
Seorang wanita akan membuatkan aku kembali tersenyum..
Seorang wanita telah membuat aku kecewa
Dan kemudian
Seorang wanita akan membuat ku sedar, yg dia mmg bkn untuk ku..
Seorang wanita telah menghancurkan harapan dan impian ku..
Dan kemudian
Seorang wanita sentiasa meniup semangat untuk ku terus kehadapan walau tanpa si dia..
Seorang wanita telah pergi meninggalkan diri ku dan bersama kebahagiaan yang lain
Dan tetapi
Seorang wanita masih tetap disisi ku dan sentiasa membuat aku gembira.
Walaupun hatinya bukan milik ku..

Tuesday 23 June 2009

oBat oh Obat


Di satu kaki lima di sebuah kota, terdengar suara seorang penjual ubat sedang mempromosikan ubat jualannya..

Penjual ubat : Mari! Mari! Adik, abang, kakak, pakcik dan makcik! Saya ingin memberitahu anda sesuatu. Sebentar lagi bandar ini akan dilanda gempa. Sekiranya anda semua mahu selamat, cubalah ubat saya ini. Nescaya anda tidak akan merasakan gempa bumiitu walau sedikit pun. Saya telah menjual ubat ini di merata pelosok dunia dan setakat ini tiada yang merungut tentang kesahihannya. Cubalah! Bandar ini akan dilanda gempa padatepat jam1130 pagi nanti!!

Orang ramai yang lalu lalang di situ terpinga-pinga mendengarnya. Oleh kerana ada yang percaya apa sahaja boleh berlaku dalam duniapada hari ini, mereka pun tanpa was-was, berduyun-duyun membeli ubat anti-gempa tersebut.

Jam sudah hampir 1130 pagi. Semakin ramai yang berkerumun membeli ubat tersebut. Dalam ramai-ramai tu, adalah seorang pakcik yang tergesa-gesa membelinya kerana waktu gempa semakin hampir. Pakcik tu dan mereka yang lain pun terus memakan ubat tersebut untuk mengelak dari merasakan gempa bumi yang bakal berlaku.

Jam sudah menunjukkan pukul 1130 pagi. Satu minit berlalu.. dua minit.. tiga minit.. hingga minit yang kesepuluh, pakcik tadi punberteriak kepada penjual ubat tersebut.

Pakcik : Eh! Dah lama ni.. Mana gempanya? Awak tipu kami ye?

Penjual Ubat : Hah! Kan betul apa yang saya kata! Pakcik tak merasakan apa-apa gempa pun kerana memakan ubat saya! Itu menandakan ubat saya sangat mujarab!

Sunday 21 June 2009

'48-hour Cycling Marathon'


Hahahaha wat up dude...Haritu bosan lepak umah akak aku kt Damansara n xtau nk buat ape, so aku n member ku pegi ke satu event kat Synar Gym kat Sooka Sentral, KL Sentral. Event ni untuk seseorang yang bernama Wong Wai Hoong buat rekod dalam The Malaysia Book of Records. Wai Hoong buat '48-hour Cycling Marathon' n dia telah berjaya!! CONGRATULATIONS!! Sampai bengkak-bengkak kaki dia gua ckp luu... hahaa kalau aku mmg pancit ar Hahahahhh... Ramai lah orang yang datang tengok untuk menyaksikan percubaan Wai Hoong ni. Salah seorang daripadanya ialah AMY SEARCH!!! member aku pun apa lagi lah... dengan penuh excited, amik gambar dengan abang Amy (kemudian baru amik gambar dengan Wai Hoong tu!). Bangga nk mampos die..aku teringin gak nk amik gambar ngan abg amy, tp maluuu.. Eheeheehee...

gambar kt bwah ni la die Wong Wai Hoong

haa.. ni dia abg Amy n dinot

Friday 19 June 2009

Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dia??...



Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis disitu "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat ".

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.

Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum
melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku".

Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu

Beberapa bulan kemudian


Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen
keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.

Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.

"Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu" kata jejaka itu. Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu".


Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?

IT'S A GIG, DUDE!!




Helloo...wat up guys..jom kiter lyn gig ujung bln ni kt
IT'S A GIG, DUDE!! this 28 JUNE 2009
@ MCPA HALL, Kuala Lumpur..
aku xtau lg pegi ker x hahaha...coz ujg bln ni aku bizi sket,
tp kalo ade peluang kiter jumpe kt sane (bagi yg berminat larrr..)

Tuesday 16 June 2009

penutup minyak wangi??


Didalam satu bas diwaktu petang semasa ramai orang berebut-berebut untuk pulang ke rumah terdapat seorang gadis yang keadaanya agak resah sedang duduk berdepan dengan seorang lelaki jawa yang sedang berdiri berhimpit-himpit dengan penumpang yang lain. Memang kebiasaannya di waktu begini jalankan jem. Jadi bas tu tak dapat le bergerak dengan sempurna.

Gadis yang resah tu rupanya ..nak terkencing. Tetapi dia tak dapat turun sebab orang ramai dan bas tidak berhenti rumahnya pun jauh lagi. Tahan punya tahan last-last terkencing le sikit. Bila dia perasan dia pun buat-buatle buka handbag dan cuba mencari sesuatu .

Tanpa disedari Jawa didepannya dah perhatikan dia dengan agak lama juga.

Nak jadi cerita orang yang duduk sebelah gadis tersebut pun bangun sebab dah sampai. Jadi gadis tersebut pun alih le ketempat tersebut kerana sit dia
dah basah. Jadi Jawa ni pun nak duduk le. Bila dia tengok basah dia tanye kat gadis tersebut.

Aduh bu..ngapa tempat ni basah ya

Jawab gadis tersebut Ohh tadi botol minyak wangi saya tertumpah. Saya cari tutupnya tapi tak jumpa. Dalam beg tangan pun tidak ada.

Jadi Jawa tu pun keluarkan le saputangannya dan lap sebelum duduk. Setelah duduk dia pun cium le saputangan tersebut untuk menghidu wangiannya. Bau-bau punya baru le jawatu tau rupanya air kencing sambil tersenyum jawa tu jawab..Lo Kalau minyak wangi jenama ini..Kalau mau, saya ada penutupnya. ..

kenapa keturunan ku hitam??


Pada zaman dahulu kala lembu dan kerbau berkawan baik.
kemana sahaja mereka akan bersama-sama.
Susah senang mereka bersama.

Pada suatu hari, hari agak panas dari biasa
Mereka berdua seperti biasa berjalan-jalan cari makan.
Sampai di satu padang rumput mereka pun makan bersama-sama.
Lepas tu mereka pun merayau-rayau di tepi hutan.

Maka bertemulah sebuah kolam.

"Jom kita mandi" si lembu mengajak si kerbau.
" Boleh juga, aku panas ni, bolehlah kita menyejukkan badan"

Merekapun menanggalkan baju mereka dan meyidai baju merka di atas satu tunggul mati.

Mereka pun mandi dengan gembira sambil menyanyi-nyanyi.

Wah bukan main seronoknya mereka.

Tiba-tiba si lembu terasa seluruh badannya amat gatal.

" eeeee…..gatalnya…badan aku" sambil tergaru-garu.

" Ye la…aku pun gatal amat ni" Kata kerbau.

Rupa-rupanya ada pokok tukas di tepi kolam. Buahnya masak ranum dan banyak yang gugur kedalam kolam.
Buah tukas memanglah gatal.

Apa lagi mereka pun bergegas naik ke atas. Terus di sambarnya baju mereka. Terus mereka bergegas balik ke rumah masing-masing.

Tiba di rumah masing-masing barulah mereka perasan mereka tertukar baju.

Si kerbau pakai baju hitam lembu, kecik dan sendat. Kolar bajunya sendat hingga mejerut leher.

Si Lembu pula pakai baju kerbau putih bercorak tompok-tompok hitam-cantik! longgar dan selesa.

Si kerbau pergi kerumah si lembu untuk dapatkan bajunya kembali. Namun si lembu tidak mahu memulangkan baju kerbau. Sebab dia rasa selesa dan cantik.
Berkali-kali si kerbau cuba meminta dikembalikan, namun si lembu menjauhkan diri.

Akhirnya mereka berkelahi dan membawa haluan masing-masing.

Sebab itu lah sekarang suara lembu jadi kasar, dan suara kerbau jadi nyaring sebab tekak dia sendat.

Oleh kerana malu, pada zaman sekarang kerbau hanya berkeliaran di pinggir-pinggir hutan malu dengan keadaannya.
Yang lembu pula bangga dengan baju dia dok berkeliaran di jalan-jaln raya, makan tanaman orang. Menyusahkan orang.

Namun keturunan kerbau masih menuntut hak mereka.

Begitulah ceritanya.

10 saat aku memerlukan mu...



1. Saat teman wanita atau isteri memasakkan makanan kesukaannya.

2. Saat wanita berpura-pura menikmati acara bola sepak kegemarannya, padahal dia tahu bahawa wanita yang didampinginya itu lebih suka menonton filem-filem berunsurkan kisah percintaan.

3. Saat wanita yang biasa didampinginya tiba-tiba muncul tanpa diduga olehnya hanya untuk menonton mereka bermain bola sepak atau bowling.

4.Saat wanita yang biasa didampingi menghilang dari kehidupannya. Ketika inilah elaki akan sedar bahawa mereka sebenarnya amat memerlukan wanita di samping dirinya.

5. Saat lelaki melihat mata wanita dipenuhi air mata bahagia, ketika mereka mengucapkan, Sayang, aku cinta padamu.

6. Saat wanita membelikan tali leher yang sudah lama menjadi perhatiannya. (kereta pun ok gak!)

7. Saat wanita lebih memilih dirinya daripada lelaki lain yang sama-sama dekat dengan anda.

8. Saat wanita menelefon dan hanya untuk mengatakan, Aku mencintaimu.

9. Saat wanita mengandaikan merekalah yang dapat menyelesaikan persoalannya.

10. Saat wanita mengajak mereka menemaninya untuk berjumpa doktor hanya kerana dia mengadu sakit.

FAKTA????


FAKTA 1: Puteri Gunung Ledang
Setelah dikajiselidik melalui sebuah perkuburan yang terdapat dipinggir Gunung Ledang, terdapat kesan-kesan peninggalan dan bukti yang menunjukkan mayat di dalam kubur tersebut ialah Puteri Gunung Ledang. Di sebelah bawah badan mayat tersebut terdapat secalik kertas dan setelah diselidik ia sebenarnya Kad Pengenalan Puteri Gunung Ledang. Nama sebenar Puteri Gunung Ledang yang tertera didalam IC itu ialah Tiara Jeaquelina bin Abdullah.


FAKTA 2: Batu Bersurat Terengganu
Mengikut sejarah, ada seorang hamba sultan Terengganu telah dipancung kerana telah melakukan kesalahan. Namun tidak diberitahu apa kesalahannya. Di atas kajiselidik kami, hamba yang dihukum bunuh itu sebenarnya ialah seorang yang bekerja sebagai posmen tetapi tidak mahu menghantar surat-surat baginda kemudian posmen itu melonggokkan surat dirumahnya. Pulis telah menemui 1,290 pucuk batu bersurat di rumah posmen tersebut. Alasan posmen itu ialah macammana dia nak angkat batu-batu bersurat tu naik basikal untuk dihantar ke penerimanya.


FAKTA 3: Keris Taming Sari
Ramai yang mengatakan bahawa keris taming sari telah hilang dan tidak dijumpai sehingga kini. Namun kami telah menemuinya di salah satu kawasan di pendalaman Melaka. Setelah berbulan-bulan mengadakan ekspedisi mencari keris taming sari barulah kami menemui motor Kris yang ditunggang oleh pakcik Taming yang sedang memakai Sari.



FAKTA 4: Bangunan WTC Runtuh di New York
Sebenarnya bangunan ini dapat diselamatkan dari runtuh namun fakta kami sangat jelas kenapa sebenarnya ia runtuh. Persoalan kenapa bangunan ini runtuh terjawab kerana Superman pada masa tu spender dia basah lalu malu untuk dia keluar tanpa spender dia, Batman pula takleh keluar siang sebab kelawar tidur waktu siang. Spiderman pulak hari tu mengalami kincit perut dan terberak-berak kerana tertelan sarang labah-labah. Manakala Kapten Amerika pada hari tu sedang menghadiri majlis penerimaan pangkat sebagai Kapten. Hulk dan wolverine pula tengah menghadiri interview sebagai pelayan hotel dan last sekali catwomen tengah jahit kostumnya yang koyak. Ini semuanya fakta kenapa bangunan tu runtuh kerana superhero amerika mengalami masalah.

FAKTA 5: Taliban
TalibanTaliban Sebelum Amerika ingin menyerang Afghanistan, sebenarnya mereka ingin menyerang Malaysia terlebih dahulu kerana pada sangkaan mereka Malaysia ialah pusat pentadbiran Taliban yang diketuai Osama Laden. Namun akhirnya mereka malu pada tahap baboon kerana taliban yang mereka sangkakan itu sebenarnya ialah sebuah syarikat telekomunikasi yang bernama Talikom Malaysia Berhad.

Saturday 13 June 2009

AnGiN yG tAk dApAt di TaHaN

Seorang gadis pergi makan malam kerumah orang tua kekasihnya.Ini adalah makan malam pertama dengan keluarga kekasih dan dia begitu gugup.

Mereka semua duduk di sebuah meja makan dan mulai menikmati hidangan enak yang tersaji.

Beberapa saat kemudian si gadis mulai merasa kurang selesa akibat rasa gugup yang keterlaluan dan broccoli casserole yang dimakannya.

Hampir menangis rasanya ia berusaha menahan kentut. namun karena sudah tidak tahan, tak ada pilihan lain, dia putuskan untuk mengeluarkan sedikit kentut agar terasa agak lega.

Kentut itu tidak begitu nyaring, tapi semua orang di meja makan mendengar bunyi kentutnya.

Belum sempat rasa malu menyerbu si gadis, bapa kekasihnya melihat ke kucing keluarga yang asyik mengendus-endus di kaki si gadis, dan berkata dalam nada yang agak tinggi,"tompok!!”

Si gadis berfikir, "wah ini bagus!" dan segaris senyum lebar menghias wajahnya. Beberapa menit kemudian, dia mulai merasa tidak selesa lagi.

Kali ini, dengan tanpa malu-malu di lepaskannya kentut dengan bunyi yang lebih kuat.

Bapa kekasihnya kembali menatap anjing keluarga mereka dan berteriak, "Celaka tompok!"

Sekali lagi si gadis tersenyum dan berfikir, "bagus!" beberapa menit kemudian si gadis merasa perlu mengeluarkan kentut lagi.

Kali ini dia tanpa berfikir panjang dia melepaskan kentut begitu saja, bunyi kentutnya kali ini boleh menyaingi bunyi kereta api.

Sekali lagi bapa kekasihnya melihat ke arah kucing keluarga dengan pandangan jijik dan berteriak, "Celaka tompok!", cepat pergi jauh dari perempuan itu sebelum dia berak diatas kamu!"
Waakakakakakakakaka!!!!huhuhuhuuuuu…....

Friday 12 June 2009

budin dan si tompok


Budin seorang yang amat benci pada kucing,entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi, Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 kami lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentah lagu ?Cindai? nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 kami dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah. Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar- debar...

Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.

Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...

Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.

Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni!...

Sunday 7 June 2009

cerita lawak bodoh...gelak dalam ati jeh




Kisah 1:

Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyeyak... Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri... .

Perompak : Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!
Isteri : Na... nama sa... saya... Aisyah
Perompak : Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh membunuhmu, lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak : Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku.
Suami : Namaku Irwan.. tapi... . semua orang memanggilku Aisyah... .


Kisah 2:

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: 47 kg! Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: 52 kg!

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai- ramai!


Kisah 3:

JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba.

Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur. Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya.

Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan. Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai...

Tiba-tiba ibunya mencelah, Telurnya mana?
Jamal menjawab, Err... . Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya!


Kisah 4:

Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...

Samdol :Bang harga durian ini berapa?
Org Asli : yang ini.. sepopit sebiji

Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya..

Samdol : Bang.. Boleh kurang sikit tak?
Orang Asli : Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol : Lahupa.. boleh ya!

Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Samdol..

Orang Asli : Lahupa itu berapa?
Samdol : Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?


Kisah 5:

Terdapat 3 orang gila yg mengambil ujian perlepasan hospital . lalu doktor itu bertanya kepada org gila yg pertama, apa yg kau mahu bawa jika berada di gurun, orang gila itu menjawab 'payung, sebab kalau panas saya boleh berteduh' . Lalu org gila itu dilepaskan

Doktor itu menanya soalan yg sama kepada org gila kedua, lalu dia menjawab saya akan bawa air, sebab kalau saya haus saya boleh minum lalu org gila itu dilepaskan.

Doktor itu menujukan soalan yang sama kepada org gila ketiga lalu dia menjawab saya akan bawa pintu kereta sebab kalau panas saya boleh menurunkan cermin tingkap... lalu org gila itu dimasukkan kembali ke hospital


Kisah 6

Ani : Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau
Muda?
Ena : Surat warna Hijau Muda itu bererti Aku Cinta Padamu
Ani : Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?
Ena : itu melambangkan Suasana Pilu
Ani : Kalau kertasnya berwarna Merah?
Ena : Asmara Yang Membara
Ani : Kalau kertasnya warna Putih?
Ena: Suci, Bersih dan Jujur
Ani : Kalau kertasnya Kuning?
Ena: Melambangkan Hati Yang Gersang
Ani : Kalau Merah Jambu?
Ena: Sedang Jatuh Cinta
Ani : Kalau kelabu?
Ena : Melambangkan Hati Yang Sedang sedih
Ani : Kalau kertasnya Hitam?
Ena : Itu namanya kertas karbon.. bodoh

Wakakkakakaka................. :)

Kisah anak si penoreh getah...


Ada seorang anak penoreh getah yang agak cerdik dari kampung yang jauh terpencil di luar bandar. Beliau telah di berikan borang oleh Guru Besar untuk diisi bagi memasuki sekolah berasrama penuh. So, budak ni pun meminta bantuan bapanya untuk mengisi borang tersebut.
anak: nama yah!
bapa: ah! engkau tarok lah nama engkau kat situ
anak: tarikh lahir
bapa: tulih apa yang ada kat surat beranak tu
anak: bangsa!
bapa: itu pun tak tau... tulis melayu
anak: alamat
bapa: engkau tulih alamat rumah ni dah!
anak: sex
bapa: ( dengan nada marah ) ini yang aku tak suka ni...Sex Sex apa ini
mencarut.... ini pun nak tanya!!!!!!!
bapa: tanya yang lain!
anak: sekolah.... bla bla bla bla...

Budak ni tak dapat tidur lena malam itu, sebab satu soalan dalam borang tu masih belum berjawab, hancurlah harapan untuk masuk ke sekolah berasrama penuh... Pastinya nanti dimarahi oleh Guru Besar... So, pagi-pagi lagi dia sudah bangun dengan harapan dapat bertanya ayahnya sebelum berangkat ke sekolah. Semasa ayah nya hendak bersiap-siap pergi menoreh getah, anak ini berjumpa lagi ayah nya..
anak: ayah! tolong lah beri jawapan 1 soalan lagi tu...saya tak mahu
jadi penoreh... saya mahu jadi enginior... kata Guru Besar kalau borang tak lengkap tak boleh masuk ke sekolah asrama tu..
bapa: (dalam hati..kesian anak aku ni, bercita-cita tinggi rupanya) baiklah nak,
tapi engkau janji jangan beri tahu omak engkau tuh, tulih kat situ sex 2 kali sehari 5 hari seminggu.

waaaaaaaaaakakakakakakahahahahahahhahhhuuuuuuu.....citer ni hanya rekaan semata mata...(cerite ni pakcik aku yg reka)
zaman skrg ni ader lg ker org macam ni???

Friday 5 June 2009

Isap rokok, rugi keh??



Seorang anggota polis cuba menegur seorang pelajar yang sedang menunggu bas sambil menghisap rokok.

Polis : Kenapa kamu merokok?

Pelajar: Suka hati saya la.

Polis : Dari mana kamu dapatkan duit untuk membeli rokok?

Pelajar: Diri duit belanja sekolah saya.

Polis : Berapa banyak kamu hisap dalam satu hari? dan berapakah harganya?

Pelajar: Satu hari, satu bungkus dan harganya lebih kurang RM6.

Polis : Kenapa kamu bakar RM6 setiap hari? Cuba kamu kumpulkan duit itu selama setahun, mungkin kamu sudah boleh membeli motorsikal, tidak perlu lagi menunggu bas seperti sekarang ini.

Pelajar: Boleh saya tanya encik sesuatu?

Polis : Boleh.

Pelajar: Encik merokok?

Polis : Tentunya tidak.

Pelajar: Habis, kenapa saya tidak nampak motosikal encik. Encik sendiri memandu kereta hak milik kerajaan?

kisah si bapak ngan anak gadis nyer...


Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la...

Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.

Bedah : Ya bapak, ada apa?

Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.

Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)

Bapak : Dengar tak bapak kata.....

Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.

Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap. Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh.
Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.

Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh? heh...

Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.

Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar. Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa...
berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.

Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak.

Bedah : Apa???!!!

Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.

Bedah : Bapak...Bedah takut laaa. (nak nangis)

Bapak : Bedah, tengok ni

Bedah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya,
bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok.
Dia pun bukak la mata sikit.

Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar.

Pasangan lebih tua?? tak salah kan...



Hermmmmm...musim cuti skolah ni ramai plk yg kawin n kawin lagi hahaha..
aper yg aku nk cite kt sini psl pasangan yg lebih tua, x kesah ar pasangan tu laki or pompuan..bg aku ok jer,tp jgn ler tua sngt dude!!
Lagi pn skunk ni musim pompuan kwin ngan laki muda..pakcik aku kater kalo nk idop semati ngan pasangan ko,ko kene la cari bini yg lebih tua 2thn dr ko..coz org laki mati awal hahaha..
hermmmm...sbnrny jodoh dah di tentukan tuhan..kite cume merancang jeh..
rancang pny rancang, jom kiter tgk apsl kbnykn org pilih pasangan lebih brusia...

# Matang - pasangan berusia baik lelaki atau wanita bijak dan tidak memandang remeh perkara penting dalam mengurus rumah tangga.

# Stabil - pasangan berusia sudah mencapai tahap kehidupan stabil baik dari aspek kerjaya dan ekonomi.

# Berwawasan - pasangan berusia mempunyai wawasan dan hala tuju perkahwinan serta masa depan.

# Pelindung - ada individu mencari pasangan yang mampu memberi perlindungan baik dari aspek fizikal dan emosi. Lazimnya mereka yang berusia memenuhi kriteria ini.

# Tidak terlalu beremosi - pasangan berusia lebih rasional dan tidak terlalu mengikut emosi dalam menghadapi sebarang situasi.

# Pandai jaga hati - pasangan berusia lebih dulu makan garam dan pandai melayan kehendak hati selain mengawal situasi.

# Penyayang - sesuai dengan usia matang, pasangan berusia lebih penyayang dan sensitif dengan kehendak si dia.

# Pandai bawa diri - pasangan berusia tahu usia mungkin membatasi pergerakan dan tingkah laku tetapi mereka pandai membawa diri demi menjaga imej, reputasi dan kerukunan rumah tangga.

# Setia - pasangan berusia lebih setia kerana fokus hidupnya hanya pada si dia dan tidak memikirkan perkara bukan-bukan yang boleh mencemar kesucian cinta.

# Berpengalaman - apa lagi alasan terbaik? Pengalaman tentunya mematangkan diri menjadi insan hebat untuk menyayangi dan disayangi. Ini tidak boleh dijual beli!

Monday 1 June 2009

cameron highland


hahaa wakaka...29/5 aritu aku pegi cameron highland, semata mata ngidam nk mkn buah buah besauuuuu....haaa jgn pk bnd lain plk..
ni gmbr ladang teh..
tgh aku syok n stim amik gambar, aku ternampak si badigol so'od ni tgh mghirup bau kentotny sendiri...




ni gambar bunga yg aku beli..al maklum lah aku ni mat bunga..kalo korank nk tau kt sini bunga taik ayam pn dieorg jual!!!