Tuesday 31 March 2009

kata hukama'....


Kata hukama' bahawa tabiat perempuan itu menyerupai setengah daripada tabiat haiwan

iaitu:
1.Perempuan yang seperti tabiat babi itu ialah perempuan yang tiada berbuat baik melainkan

makan minum memenuhkan perutnya dan memecahkan bejana jua, dan kemana ia pergi

tiada ia mencita-cita agamanya seperti sembahyang dan berpuasa dan kepada segala amal

yang kebajikan tetapi adalah ia tekal melanggar segala isi rumahnya.



2.Perempuan yang seperti tabiat kera pula ianya gemar memakai kain yang berwarna merah

dan hijau dan kuning dan tiada ia mahu memakai emas dan perak serta bermegahkan

dirinya dan membesar-besarkan dirinya terhadap suaminya.



3.Perempuan yang seperti tabiat anjing ialah perempuan yang ketika berkata-kata suaminya

dipalingkan mukanya; dibantah-bantah kata-kata suaminya serta sering mengherdik

suaminya.Apabila ada harta suaminya maka dikasihi suaminya tetapi tatkala tiada harta

pada suaminya maka maka bencilah ia serta dicercanya dan dinyahkan dari rumahnya dan

lagi tiadalah ia mahu diam daripada menista-nista suaminya.



4.Perempuan yang seperti tabiat baghal pula ialah apabila bertemu ia dengan sesuatu yang

ditakutinya dipalu sekalipun tiada mahu ia berjalan melainkan berkenderaan jua, dan

adalah berbeka-beka dirinya serta mengindahkan dirinya sahaja.



5.Perempuan seperti tabiat ular ialah iaitu menaruh dendam dan apabila mendengar kata-

kata jahat orang terhadap suaminya atau dirinya jadi berkelahilah dia dengan orang-orang

itu.



6.Perempuan seperti tabiat kala pula iaitu sentiasa berkeliling kepada rumah-rumah jiran

sekampungnya serta mengadu-ngadu dan mengumpat-ngumpat serta berbantah-bantah ia

dengan mereka itu seperti kelakuan kala disengatnya barang yang bertemu dengan dia dan

tiadalah ia takut akan bahaya akhirat seperti sabda nabi s.a.w.ertinya "yang fitnah itu

tiada masuk syurga".



7.Perempuan yang sepertri tabiat tikus , iaitu mencuri harta suaminya lagi berculas dirinya

daripada suaminya.



8.Perempuan seperti tabiat unggas itu iaitu sentiasa ia bertandang tiada sesaat pun istirehat

dan apabila suaminya datang maka katanya darimana engkau tiada engkau kasih akan

daku dan engkau kasih orang lain.



9.Perempuan seperti tabiat serigala pula iatu apabila ada suaminya di dalam rumah maka

pura-pura ia menidurkan dirinya apabila datang maka dimulainya perbantahan seperti

katanya bahawaku seorang diriku dirumah serta sakitku engkau pergi bermain-main.



10.Perempuan seperti tabiat kambing itu iaitu adalah kepadanya beberapa manfaat dan ialah

perempuan yang salih lagi mengasihi akan suaminya dan anak-anaknya dan segala orang

kampungnya dan segala keluarganya dan ialah yang berbuat kebaktian akan Allah s.w.t.

~ (Sedutan daripada Kitab Tajul Muluk)

Hari ini milik kita


Kenapa perlu menyesal pada hari semalam yang telah dtinggalkan?

Menyesal kerana melakukan kesilapan dan telah mensia-siakan hari semalam.

Kerana hari semalam tak seindah yang diharapkan..

Tak perlu menyesal pada hari semalam yang telah berlalu pergi

Yang kita tak mungkin akan kita dapat kembali..



Kenapa perlu bimbang pada hari esok?

Bimbang takut apa yang berlaku tak seindah yang diimpikan yang telah kita reka dalam minda..

Bukankan esok adalah milik Allah..Dia berhak sama ada menjadikan impian itu satu kenyataan atau sebaliknya..Dia Maha Mengetahui sesuatu..


Hiduplah hanya batasan waktu pada hari ini..kerana hari ini milik kita..

Lalui hari ini dengan tenang,fokus dan penuh hikmah..

Tak perlu dikenang pada semalam yang ditinggalkan..jika hari semalam ada kesilapan jadikan pengajaran..

Jika sudah ada rencana untuk hari esok.bertawakallah

jika yang diharapkan seindah yang diimpikan jangan lupa bersyukur kepadaNya..

air mata wanita

Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menupang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan"
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalan nya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya"

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatan nya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu:

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,s usuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada."
Setiap Wanita itu Cantik

Monday 30 March 2009

super hero


ini adalah kelemahan 10 superhero terkemuke dunie:

1.) Superman (takut kat kriptonite? salah, sebenarnye takut kat bende2 hijau. Tak kirelah katak hijau, daun pisang, mambang hijau, tin milo, the hulk walhal mase pilihan raye, die takut nak datang malaysia, pasal banyak bendera hijau (pas la).

2.) Cicakman (takut dengan getah? memang betol, dulu malam jumaat, mesti ramai kaum kerabat die kene lastik, ade yang patah-patah, patah sendi, patah ekor, patah kepala, patah hati, patah tulang, patah balik dan patah tumbuh hilang berganti).

3.) Ironman (takut sangat ngan hujan, kalo hujan terus lari, takut karat, semua jenis hujan die takut, hujan panas, hujan bukit, hujan monsun, band hujan, hujan asid, lagu hujan, hujan batu, hujan emas di negeri orang hujan keris lembing di negeri sendiri, bahkan air hujan (shower) pon die takut).

4.) Spiderman (ape yang die takut? takut naik lif, die ni memang tak leh naik lif, kalo naik lif je, mesti menggeletor, tak caye? tengok spiderman 2, mase die naik lif, berpeloh-peloh. tapi die suke satu jenis lif, iaitu west life).

5.) Batman (batman takut cahaye. mesti korang semua pikir camtu kan? salah, batman takut kat BREEZZZ. sebab ape? sebab brezz memutihkan pakaian, die memang takut kat warne putih ni, jadi automatiknye die takut habis ngan brezzzzz, jadi die hanye menggunakan sabun cap trojan untuk membasuh sahaje).

6.) Catwoman (takut kat anjing? catwoman nampak je macam kucing sebenarnye takut kat tikus, takleh nampak tikus, mesti melompat punye, tak caye? cube lempar tikus, tak kire lah tikus kecik, tikus besor, tikus katuri, bapok segale tikus, tikus mondok, tetikus, racun tikus, tikus siam lagi la die takut.

7.) Hulk (hulk tak takut ape-ape, tapi hulk takut sangat kat satu bende yang ade kat malaysia je. ape mende tu? nak tau? die takut kat *******, ye sape takleh bace ni, mesti hidung die besor, mauahahhahaha).

8.) Power Rangers (diorang takut pe, diorang ade robot besor, sebenarnye diorang takut kat robot gundam, sebab robot gundam ade mende yang diorang takde, iaitu, jeng jeng jeng, sorang pilot yang hebat iaitu aku, muahahahahahhaha).

9.) Ultraman (ape yang die takut? die takut gelap? salah, die takut kat orang malaysia, pasal ape? pasal kat malaysia ade klen die, tak caye? kite ade otoroman, otoroman taro, otoroman tiga, otoroman gaia, otoroman dyna, otoromankosmos, otok ramnen ngan otakotak).

10.) X-Men (ape yang diorang takut, diorang takut kat kumpulan ekstrem lain, Y-men, Z-girls, B-women, K-boys,WWE, WCW, ECW, M.rajoli, A.samad said, M.nasir ngan coklat MNM.).

hahaha kantoi...

Ada sorang lelaki bernama Ali, baru buka perniagaan khidmat nasihat. Officenya amat canggih, sederet dengan beberapa ofis yang lain. Ali seorang pakar perunding perniagaan, baru tamat belajar diluar negara, jadi nak mencuba nasib dalam bidang pernigaan, tekad tak mahu kerja ngan orang lain. Ofis dia masih baru, baru renovate la katakan.


Selepas sebulan ofis dibuka, perniagaan Ali masih belum bergerak, sampai sekarang satu bisnes pun tak dapat lagi. Sampai sekarang sorang pun belum pernah singgah kat ofis/kedai dia tu. Ali pening, signboard kat luar ofis dia tu mahal tuuuuu, beribu ringgit. Lobi sambut tetamu canggih tu, cuma belum ada pekerja lagi, Ali sorang2 je handle.

Pada satu hari, ada lelaki masuk kedai dia, apa lagi Ali pun berasa bangga giler, 1st customer la katakan, Ali cepat2 duduk kat meja dia, ambil phone TM atas meja dia tu, berlakon olok olok bercakap dengan seseorang, saje je nak tunjuk perniagaan dia memang bagus giler, perniagaan ribu2 ringgit. Sambil menyuruh lelaki tu duduk depan dia, dan suruh tunggu kejap kerana dia masih cakap kat phone tu (padahal belakon aje), ini perbualan Ali ditalipon.

"Ye Dato', ooo pasal project tu dato', saya akan uruskan dato', ala dato' bayar kat saya beratus ribu, takkan saya main2 buat kerja ni dato', lagi pun sudah terlalu banyak perniagaan yang menjadi bukti kejayaan kami, itu dah cukup mengambarkan keberkesanan perkhidmatan kami……ok dato'…baik dato'… Oklah dato'…nanti kita jumpa kat hotel hilton malam ni….ok dato'….bye"

Ali pun meletakkan talipon. Dan mula bersembang dengan lelaki yang duduk terkebil-kebil di depannya tadi, menunggu Ali.

"Ya encik, terima kasih kerana memerlukan khidmat nasihat perniagaan kami, maaf kerana menunggu tadi, maklumlah perniagaan kami terlalu pesat berkembang, tak menang tangan, banyak sangat permintaan. Ya, ada apa yang kami boleh bantu dalam perniagaan encik" tanya Ali.

Lelaki tu menjawab " Saya technician TM, nak sambungkan line telepon tu, magic gak encik ni, macamana boleh guna phone kalau tak de line"

he he he kantoi..

Tuesday 17 March 2009

Kanibal





Seorang ayah dan anak dari golongan suku kanibal, sedang berburu untuk mendapatkan daging manusia. Buruan mereka kali ini untuk santapan malam. Tidak lama kemudian muncul seorang lelaki tua yang kurus.

anak : Tengok Pak!! Adak mangsa!
Ayah: Jangan!lihat saja tubuhnya, tak adak isi, tentu tak cukup untuk kitak Lagikpun tentu adak penyakit.

Tidak lama selepas itu, muncullah pula seorang lelaki gemuk. Maka dengan girang, si anak pun berkata..

Anak: Wah, itu rezekik kitak Pak, tahan untuk duak hari !
Ayah: Jangan! kitak boleh mati kenak serangan sakit jantung kalau makan daging diak yang banyak lemak. Tunggu saja yang lain

Sekian lama menunggu hari pun dah hampir senja, tiba-tiba muncul seorang gadis yang sangat cantik dan seksi giler kat tempat mereka menunggu mangsa.

Maka sekali lagi si anak berkata dengan girang...

Anak: Uiih!!! Pak yang kalik ini bagus Pak, tentu isik diak lazat. Ayuk kitak makan, lapar nih..
Ayah: Jangan!Kitak tak akan makan perempuan inik.
Anak: Kenapa Pak?" tanya si anak. Lalu ayahnya pun menjawab,
Ayah: Sebab kitak akan bawak diak balik rumah dalam keadaan hidup...., untuk santap malam inik, kitak makan saja ibu mu....

Pantun buat semua



Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
Halang!!!

Kisah cinta saintis


Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku.Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??

Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian

Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.

Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar

Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.

Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan perolakan.

Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

Mu: Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali.Masihkah
kau tidak percaye?

Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!

Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau blum mendarabkannya
dengan 6x10'23.

Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugakk yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Mu: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini.

Biarkan aku sendirian... ... ..

Fahami wanita...

hermmm....
aritu aku tido awal, ngantok sngat...
selalunyer sblm tido aku sms or call si dia..
tp mlm tu aku x sms die..
so pagi esk aku bukak email, skali die bagi ni laaaaa..
jom kite bace...

Hati seorang wanita
1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.
"Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari.
Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA"

hahaha...
tp tu citer lame..
skrg..
cinta dia bkn untk aku lg..
pepe hal,msti fahami WANITA.....

telegrem buat yoko


Anak abah,
abah tulis surat nih mase nko blom lahir lagik. abah pon kompius nak soh nko panggil abah ni abah ke ayah ke papa ke daddy ke...
tapi lantak la. abah bahasakan diri abah dulu la yerk,nak?
masa nko memula tumbuh lam perot mak nko nih ha. abah eksaited giler nko tau tak.
maklom la lame dah abah nunggu sejak abah pk yg abah takmo anak lagik takut abah nampak tua.
lagipon abah rase tak macho bila laki ensem yg gagah perkasa cam abah nih dukong anak hiks.=)
kadang bila mak nko montah pening loya nak itu,nak ini. abah rimas beno nko tau tak? abah rase nak sekeh jerk nko. rimas abah nko tau tak
hiks...
mak nko lak ngengade nak itu ini tengah malam merengek huh! kengkadang abah ngah tido kol 3 pagi mak nko soh abah pegi 7eleven beli asam kecot. walaupon 7 eleven 24 jam tapi abah sangat....arh tensen idop cenggitu. memula jerk abah leh layan lelama abah nyampah! ptoih!
pastu masa nko dah besor sikit. perot mak nko pon besar gak. mase tulah mak nko ngidam benda merapu. dia nak abah bawak dia jalan je takmo dok umah. abah memang tensen nko tau tak...
abah rase ilang macho abah bawak pompuan ngandong perot besor. tapi tu tak bermakna abah takde sifat kebapaan. abah sangat rase syok gile bile mak nko ngandongkan nko. tapi tu arh cam abah cakap tadik. abah hambik masa sikit nak bagi nko idop lam perot mak nko untuk tempoh 9 bolan nih. nko pon dah nak lahir dah nih... abah redha jelah...
nebes dan eksaited abah makin bertambah.esok due date nko nak. adui la saspen seh abah gini! seblom nko kuar esok, abah tulis surat nih nak gitau nko bahawa kehadiran nko nih mendebarkan abah. abah cuak giler nih nak sambot nko esok... kalo bulih abah nak tunda sket kelahiran nko... minggu depan ker bolan depan ker... tahun depan ker... bulih tak nko kuar
lambat sket? abah cuak arh hiks...
dari Abahmu