Friday 29 May 2009

Cindairela???

One day... . ader la sorang budak pompuan yang ditaruk namer CindairelaDia tinggai bersama ngan mak tiri yang brutal beserta 3 ekoq lagi kakak tiri yang teramatlah tak cute. Tiap minggu dia akan dibuli ngan semua yang aku dah sebut tadi... maknanya tiap hari, tiap jam, tiap minit dan jugak tiap saatlah... .



? Cindairela... amikkan aku ayaq coke..?

? Cindairela... .gosokkan seluaq teddy bear aku sat... .?

? Cindairela... .pi dating ngan pakwe aku... malas la nak dating ari ni... ?

? Cindairela... .. gi kasi jiran sebelah rumah tu makan... ?

Satu ari ada la majlis jamuan tari menari diadakan di kampung sebelah... Kira cam joget lambak la... .Anak Ketua kampung tu nak pilih la sorang pompuan untuknya... . So, dijemputlah semua anak gadis disitu untuk menghadiri majlis pemilihan tersebut... .

Tiga ? tiga kakak tiri Cindairela bukan main excited sekali pasainya, anak ketua kampung tu tak ubah cam Rosyam Noor... .. So, diaorang pun prepare la untuk majlis tu... Mak dia tak masuk campur pasal dah kerepot sangat... Lembu kat belakang umah tu pun tak teringin kat dia. Mak dia tu cuma leh bagi sokongan moral dan duit jer... .Cindairela pun excited gaks tapi dia kena perabihkan kerja ikat bata untuk buat tempat kuda nak tidoq. Tak sampai lima belas jam... semuanya dah beres.

? Sume dah abih mak brutal... . so, aku nak gi majlis tu... ? katanya dengan gembira...

? Eh,... mana kau nak gi. Ni, ponggong kuda nie ko tak basuh lagi. Busok sangat la... Cuci sampai puteh tau... ?

So, dengan muka tentionnya, Cindairela pun cuci... cuci punya cuci.. tak juga putih. Sampai satu masa, dia pun amikkan minyak tanah dan curahkan kat ponggong kuda tu. Lalu ditarokkan mancis api yang menyala ke ponggong kuda tu. Serta merta ponggong kuda tu jadi putih... ( nampak tulang tu kira putih la... )

? Ok, ko dah habiskan keje tu ye... lepas nie ko pasang cornice letak downlight skit kat kandang kuda yang ko buat tadi tu... Pastu taruk katil... pastu taruk kabinet, pastu taruk bantal ngan tilam kat dia jangan lupa lak ko buat wiring.. nanti takut kuda tu tak leh tido, lampu tak der. ? perintah mak tiri dia.

Cindairela lalu berjalan ke kandang kuda tersebut dan terus terduduk kat tepi dinding. Dia mengis terisak ? isak pasai dia dah tau yang dia tak sempat nak jahit baju t-shirt rockers untuk majlis malam tu. Tetiba jer Fairy Godmother datang dari lobang jamban kuda tu... Lalu disebabkan terlalu kesian, Fairy Godmother tu pun tolong dia buat semua tu termasuklah baju t-shirt Cindairela sekali... .

Tanpa lengah, Cindairela pun dihantaq ke majlis malam tu ngan kapal terbang boing 747 terbaru keluaran fairy godmother tu. Teramat seronok la Cindairela malam tu... Dapat juga dia ketemu ngan anak Ketua kampungnya malam tu. So, dipendekkan cerita, Cindairela terpilih antara berjuta ? juta anak gadis yang ada kat situ... Selepas penggumuman tu dibuat. Tiba ? tiba semua lari lintang pukang dan tinggal Cindairela yang berdiri sambil menangis terisak ? isak. Memang dia terpilih malam tu... dan memang itu yang dia hajatkan... Tapi permilihan malam tu ialah pemilihan untuk menjadi tukang cuci kandang haiwan kat belakang umah ketua kampung yang dah lama tak terjaga pasal orang lama yang keje kat situ dulu dah lama mati... .

* Lain kali tengok agenda dan minit mesyuarat jamuan tu dulu sebelum nak gi, kalau nak selamat...haahaaa sian cindairela

No comments:

Post a Comment